Jalan Rentap, Sarikei dinaik taraf untuk keselesaan pengguna

KERJA menaiktaraf jalan Rentap yang menjadi laluan penghubung utama penduduk ke pusat bandar Sarikei sedang rancak dijalankan.

Projek yang dijangka siap tahun ini bakal menyediakan lebih keselesaan kepada pengguna yang melalui laluan berkenaan setiap hari.

Sehubungan itu, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata, projek memberi impak kepada penduduk Kampung Seberang dan sepanjang Jalan Rentap hingga ke Taman Susur Jambu.

“Usaha ini juga sebahagian inisiatif kerajaan untuk mengurangkan masalah kesesakan berikutan pembangunan dan peningkatan jumlah penduduk serta bilangan kenderaan di kawasan ini,” katanya.

Projek naik taraf jalan sepanjang 3.2 kilometer itu merangkumi lorong dua hala dengan piawai Jabatan Kerja Raya (JKR) R3 kepada empat lorong dua hala piawaian JKR U5.

Projek turut meliputi naiktaraf jambatan yang merentasi Sungai Sarikei sepanjang 120 meter termasuk jejambat pejalan kaki, simpang berlampu isyarat dan membina dua simpang baharu berlampu isyarat dan lain-lain lagi.

SUMBER: FB Rajang Update
https://www.facebook.com/377976036341101/posts/381691982636173/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: