Insentif Ibu Bersalin mendapat sambutan

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata 1,044 permohonan dikemukakan untuk Insentif Ibu Bersalin (IIB) sehingga 5 Febuari 2020.

Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM16 juta untuk melaksanakan IIB dan mulai 1 Januari 2020.

Fatimah berkata, permohonan untuk IIB boleh dikemukakan ketika kandungan berusia 22 minggu dan dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan bayi.

“Kita akan memberikan RM450 kepada ibu bersalin dan jumlah berkenaan akan dikreditkan kepada akaun bank masing-masing,” katanya dipetik menerusi laporan media.

Fatimah berkata, permohonan untuk IIB boleh dikemukakan ketika kandungan berusia 22 minggu dan dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan bayi.

“Kita akan memberikan RM450 kepada ibu bersalin dan jumlah berkenaan akan dikreditkan kepada akaun bank masing-masing.

“Kami mempunyai 23 pejabat di peringkat daerah dan 12 di peringkat bahagian,” katanya.

IIB juga boleh dipohon oleh anak Sarawak yang berada di luar negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: