Inisiatif Abg Joe selama dua tahun sebagai CM

1. Mempertahankan Kepentingan, Hak dan Kedudukan Sarawak 

Seperti yang termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan melalui penubuhan Jawatankuasa Perundingan untuk menasihatkan wakil Sarawak dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 

2. Peruntukan Kewangan yang Tertinggi untuk Pembangunan dalam Belanjawan Negeri Sarawak 2019 

Bagi mempercepatkan pembangunan sosioekonomi negeri Sarawak untuk faedah dan kesejahteraan rakyat. 

3. Memperkasa Integriti dalam Pengurusan Projek Kerajaan 

Melalui tender terbuka dan melatih Pegawai Integriti. Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri akan melibatkan Ketua Audit Negara dan SPRM dalam mesyuarat Tender Negeri. 

4. Menurunkan Kadar Premium Tanah
Untuk kawasan Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung sebanyak 50 peratus. Premium telah ditetapkan RM2,500/lot berbanding kadar asal RM5,000/lot. 

5. Mempertahankan Hak Tanah Rakyat melalui Pengiktirafan Native Territorial Domain 

Melalui pindaan Kanun Tanah 2018. 

6. Membentuk Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) 

Diluluskan pada 9 November 2017 bagi memantau promosi, penyelarasan, dan kemajuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 

7. Memperkasa Pemantauan Projek Rakyat yang Berimpak Tinggi 

Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan projek rakyat yang berimpak tinggi bagi memastikan projek dilaksana dan disiapkan mengikut jadual untuk faedah rakyat. 

8. Memperkukuhkan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Teknikal, Pendidikan dan Vokasional (TVET) 

Melalui pewujudan projek perintis makmal pendidikan STEM serta kursus kecekapan dan kursus singkat TVET. 

9. Membaik Pulih dan Membina Semula Sekolah- Sekolah Daif di Sarawak 

Melalui Peruntukan Khas Sekolah Daif. 

10. Memberi Bantuan Kewangan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan (SJKC dan sekolah Mubaligh) 

Bagi menaik taraf infrastruktur, bangunan dan kemudahan sekolah. 

11. Meneruskan Sokongan untuk Sekolah Cina Dengan Mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). 

13. Menambah Dana Biasiswa Pendidikan
Untuk menambah dana biasiswa pendidikan di negeri Sarawak. 

14. Meningkatkan Bilangan Doktor di Sarawak Melalui pemberian biasiswa dalam bidang perubatan di UNIMAS. 

15. Menganjur Persidangan Antarabangsa Tahunan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) 

• Diadakan pada 3-4 April 2017 dan 14-15 Mei 2018 

• 8 tindakan utama dilaksanakan ke arah Ekonomi Digital Sarawak 

• Penubuhan DBOS
• Pewujudan SMA
• Pewujudan SDEC
• Meningkatkan kelajuan infrastruktur ICT 

• Kampung Digital 

• Promosi e-pembelajaran kepada generasi muda 

• Promosi Sarawak sebagai lokasi Pusat Data
• Pelan Digital untuk Sarawak 

16. Melaksana Dokumen Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 

• Dilancarkan pada 13 Disember 2017 

• Mengandungi 47 tindakan strategik pembangunan ekonomi digital 

• Sektor utama: Pertanian, Industri Pembuatan 4.0, Pelancongan, Bandar Pintar, Kesihatan Digital, e-Da- gang, Kerajaan Digital dan Sosial 

• Pembolehubah: Infrastruktur, Kemahiran dan Bakat, Penyelidikan & Pembangunan, Inovasi & Keusahawa- nan, Big Data, Keselamatan Siber dan Keterangkuman Digital 

17. Menubuhkan Sarawak Multimedia Authority (SMA) 

• Ordinan SMA diluluskan oleh DUN pada bulan November 2017
• Dilancarkan pada 13 Disember 2017 dan kini sedang beroperasi
• Penubuhan anak syarikat Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) sebagai agensi peneraju pelaksanaan inisiatif ekonomi digital di Sarawak 

18. Menubuhkan Hab Inovasi Sarawak
Bagi membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan generasi muda melalui Hab Inovasi TEGAS, Kuching (dilancarkan pada 28 Ogos 2017) dan Pusat Inovasi Sarikei (dilancarkan pada 17 September 2017). 

19. CENTEXS sebagai Pusat Pembangunan Bakat dalam Bidang Digital 

• Memorandum Perjanjian antara CENTEXS dan HUAWEI ditandatangi pada 10 November 2017 

• Menyediakan peluang bagi golongan belia menyertai latihan dan pembangunan bakat dalam bidang digital 

20. Sarawak ID
Sistem identiti digital yang diperkenal bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan dan membantu peralihan ke arah kerajaan digital. 

21. Digital Kenyalang
• Dilancarkan pada 14 November 2017 sebagai platform untuk membantu usahawan mikro memasarkan produk bagi meningkatkan pendapatan mereka 

22. Sarawak Pay
• Dilancarkan pada 15 November 2017
• Menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai

23. Forum e-Commerce Sarawak
• Diadakan pada 7 November 2017
• Platform untuk menggalakkan perniagaan atas talian di kalangan usahawan 

24. SarawakGov
• Dilancarkan pada 13 Mac 2017
• Menyediakan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Kerajaan Sarawak 

25. Membekalkan Elektrik dan Air Bersih ke Sekolah Luar Bandar 

Yang masih belum menerima bekalan air bersih (33 buah sekolah) dan elektrik dari grid (113 buah sekolah) dengan anggaran kos RM59 juta. 

26. Memperluaskan Liputan Bekalan Air Terawat Melalui pelaksanaan projek bekalan air bersih terawat mulai tahun 2019. 

27. Melaksanakan Program Grid Bekalan Air Sarawak 

Peruntukan khas telah diperuntukkan bagi menangani secara keseluruhan isu bekalan air supaya dapat membekalkan air bersih terawat yang mencukupi ke seluruh negeri Sarawak. 

28. Melaksanakan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) 

Untuk membekalkan air bersih kepada komuniti luar bandar terpencil yang tidak dapat disambung melalui sistem bekalan air grid yang sedia ada. 

29. Memiliki sepenuhnya Empangan Bakun Empangan Bakun (2,400 megawatt) di Ulu Belaga telah diambil alih oleh Kerajaan Sarawak pada 16 Ogos 2017. 

30. Meningkatkan Liputan Bekalan Elektrik Luar Bandar ke Seluruh Negeri Sarawak 

• Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES)
• Skim Bekalan Kuasa Luar Bandar (RPSS)
• Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar  (SARES) 

31. Modal Teroka untuk Usahawan Belia Diumumkan pada 17 November 2018, sebagai modal teroka (venture capital) untuk membantu usahawan belia yang baharu menceburi bidang perniagaan yang berunsur kreatif dan inovatif. 

32. Pelan Transformasi e-Dagang 2030 (E-Com Y30) 

Dilancarkan pada 5 April 2017 untuk meningkatkan kemahiran digital para belia dan memberi peluang kepada mereka menyertai e-Dagang. 

33. Memperkasa UNIFOR (Unit Hal Ehwal Agama Lain) 

• Ditubuhkan pada 27 Mei 2017 

• Berperanan mempromosikan keharmonian antara agama 

• Mencadangkan dan merumuskan dasar, undang- undang dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak 

34. Menaikkan Gaji Ketua Masyarakat dan Elaun Ketua Kaum 

Peningkatan gaji dan elaun pada tahun 2018 bagi menghargai jasa dan sumbangan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum. 

35. Menjamin Masa Depan Generasi Muda Melalui Sumbangan RM1,000 untuk Setiap Bayi Baru Lahir 

• Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 

• Sebagai simpanan untuk tujuan pendidikan dan masa depan Anak Sarawak 

36. Menambah Baik Kualiti Pendidikan Awal Kanak- kanak 

Pemberian geran tahunan untuk pendidikan pra- sekolah dan tabika mulai Januari 2019. 

37. Membina Asas Terbaik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak 

Menerusi pengambil alihan pengurusan Pra Sekolah dan Tabika SeDidik mulai tahun 2019. 

38. Service Sarawak
• Dilancarkan pada 2 Disember 2018
• Perkhidmatan One-Stop Centre di UTC Kuching, Sibu dan Miri 

39. Membina 5 buah Jambatan Baharu
• Jambatan Lassa (Mukah)
• Jambatan Batang Rambungan (Lundu)
• Jambatan Bintulu-Jepak (Kuala Kemena, Bintulu) • Jambatan Batang Lupar (Samarahan/Betong)
• Jambatan Batang Igan (Mukah) 

40. Membina Jalan Utama Kedua dan Melengkapkan Rangkaian Jalan Pesisir Pantai 

Bagi memudahkan pergerakan penduduk dan barangan khususnya di kawasan pesisir pantai dan luar bandar. 

41. Membina Lapangan Terbang Baharu di kawasan Bukit Sadok dan Bukit Mabong 

Bagi memudahkan penduduk kawasan luar bandar memasarkan dan mengeksport hasil pertanian mereka terus ke pasaran utama. 

42. Memodenkan Sistem Pengangkutan Awam Cadangan pembinaan LRT yang akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. 

43. Memastikan Pengurusan Alam Sekitar yang Bersih dan Mampan 

Melalui penggunaan bas hidrogen dan bas elektrik pada tahun 2019 bermula dengan bandar raya Kuching. 

44. Mengenalpasti Punca Pendapatan Baharu Mela- lui Carbon Trading 

Bekerjasama dengan SHELL dalam pembangunan usaha pemuliharaan dan pemulihan semula alam semula jadi. 

45. Memperkukuhkan Penguatkuasaan Undang- Undang Hutan 

Meningkatkan kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan pelaksanaan pengesahan STLVS (Sarawak Timber Legality Verification System). 

46. Memperkukuhkan Penyelidikan Kepelbagaian Biologi 

Bekerjasama dengan institusi penyelidikan terkenal seperti LUKE (Institut Sumber Asli Finland). 

47. Menubuhkan Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) 

Ditubuhkan pada 3 November 2017 untuk membiayai projek-projek strategik di Sarawak. 

48. Menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad (PET- ROS) 

Ditubuhkan pada 6 Ogos 2017 untuk membangunkan industri minyak dan gas di Sarawak. 

49. Membentuk Agensi Baharu di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) 

Bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) mulai 2019. 

• Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk membangunkan kawasan di Ulu Rajang 

• Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) un- tuk membangunkan kawasan tanah tinggi di utara Sarawak 

• Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk membangunkan kawasan utara Sarawak 

50. Menubuhkan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) 

Penubuhan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) bagi memacu dan merancakkan lagi pembangunan di Bahagian Samarahan. 

51. Pemilikan 10% Saham dalam PETRONAS LNG Train 9 dan Penambahan Pemilikan Saham dalam MLNG 3 dari 10% ke 25% 

Meningkatkan pelaburan Kerajaan Negeri dalam industri minyak & gas dan menjana pendapatan tam- bahan Kerajaan Negeri. 

52. Meningkatkan Hasil Negeri melalui Pelaksanaan Cukai Jualan 

Pelaksanaan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum berkuat kuasa 1 Januari 2019 bagi meningkatkan hasil negeri untuk membiayai pelaksanaan projek utama pembangunan di negeri ini. 

53. Menubuhkan Pejabat Perdagangan Sarawak
• Sarawak dan Singapura bakal bekerjasama dalam usaha memperkukuhkan bidang pertanian dan pelan- congan. Pejabat Perdagangan Sarawak di Singapura kini dalam proses penubuhan
• Dua lagi pejabat turut dirancang dibuka di Negara Brunei Darussalam & Pontianak, Indonesia 

54. Membina semula Jambatan Gantung Satok Pembinaan semula jambatan yang ikonik dan ber- sejarah sebagai produk pelancongan khususnya di bandar raya Kuching. 

55. Membangunkan Old Kuching Heritage sebagai produk pelancongan yang menarik 

Empat komponen utama Old Kuching Heritage adalah: 

1. Heritage Trail
2. Kampung Heritage 3. Riverfront Heritage 4. Business Heritage 

56. Memperkasakan Pertanian untuk Meningkatkan Hasil Keluaran dan Pendapatan Rakyat 

• Mewujudkan kerjasama dengan syarikat peneraju (Anchor Company) bagi membantu petani kecil memasarkan hasil pertanian mereka 

• Mewujudkan usahawan tani baharu yang mempunyai ilmu dan berpelajaran tinggi serta menggunakan Aplikasi Digital (IoT dan sebagainya) 

57. Membiayai Pembangunan Pertanian
• Dana Teroka Pertanian – mengukuhkan model perniagaan untuk sektor pertanian dengan menawarkan dana teroka kepada petani dan mereka yang terlibat 

dalam industri pertanian
• Program Bantuan Pertanian – pelaksanaan pelbagai jenis bantuan berbentuk subsidi kepada petani, inisiatif pembiayaan kepada usahawan tani, syarikat swasta dan pertubuhan peladang 

58. Melaksanakan Program Pembangunan Pertanian Bersepadu 

Melalui Agro Park, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). 

59. Membangunkan Kapasiti Pertubuhan Pela- dang 

• Pembinaan bangunan pejabat baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) 

• Menambah peruntukan tahunan kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) 

60. Membina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Kerajaan Sarawak komited untuk menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40) melalui program:
Rumah SPEKTRA Permata termasuk Skim Pembesaran Kampung (SPK) Lundu, Kuching; SPK Lundu, Kuching; SPK Sematan, Kuching; SPK Igan, Mukah; dan SPK Tian, Matu. 

Rumah Mampu Milik (RMM) termasuk RMM Darul Hana, Kuching; RMM Kampung Tabuan Melayu & Foochow, Kuching; RMM Kemuyang, Sibu; RMM Kampung Kapit Baru, Kapit; dan RMM Kampung Datu Baru, Sibu. 

61. Menaik Taraf Kemudahan Infrastruktur dan Ameniti Kampung Tradisi di bawah Urban Renewal Programme 

Di bawah program ini, tiga buah kampung tradisi dalam bandar raya Kuching telah dikenal pasti: 

• Kampung Kudei
• Kampung Sungai Maong 

• Kampung Segedup 

62. Mengurangkan Kos Pembinaan Rumah Meng- gunakan IBS 

Dalam memastikan harga rumah tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40), Kerajaan Sarawak menyarankan pemaju untuk menggunakan Industrialised Building System (IBS) dalam pembinaan rumah. 

Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) telah mengorak langkah untuk membina kilang IBS di Kuch- ing dan majlis pecah tanah kilang telah diadakan pada 28 Mac 2018. 

63. LASIS Mobile AppDilancarkan pada 24 Julai 2018 untuk menambah baik perkhidmatan kepada rakyat berhubung pentadbiran tanah. 

64. Membeli Pesawat Khas Kargo
Melalui Hornbill Skyways untuk membolehkan hasil pertanian di kawasan pedalaman dipasarkan ke luar Sarawak. 

63. Menyediakan Kediaman yang Lebih Selesa Melalui Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS). 

SUMBER (Utusan Borneo)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: