HUS perlukan bekalan darah A dan AB

KUCHING:Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) merayu kepada orang ramai khususnya para penderma yang telah cukup tempoh pendermaan untuk tampil menderma darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah jenis A dan AB yang kini berada di paras rendah.

Perkara ini disebabkan oleh peningkatan kes-kes yang memerlukan darah jenis A dan AB di HUS dan kekurangan bekalan darah tersebut di hospital-hospital luar Kuching.

Pada esok hari, Rabu 12 Disember 2018, Tabung Darah HUS akan mengadakan Kempen Derma Darah di Majma Mall bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pameran Derma Darah juga akan diadakan di tempat yang sama bagi memberi peluang kepada orang ramai mendekati dengan lebih dekat lagi mengenai pendermaan darah.

Pada 15 Disember 2018 (Sabtu), Kempen Derma Darah akan berada di Mydin Petra Jaya anjuran JOSIPA bermula 10 pagi hingga 3 petang dan di Samarahan Medical Clinic bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Keesokkan harinya, 16 Disember 2018 (Ahad), Kempen Derma Darah diadakan di dua lokasi iaitu di Gereja St Ann (lama) bermula jam 9 pagi hingga 2 petang dan di Boulevard anjuran Persekutuan Belia Cina (FOCY) bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang.

Jadual Kempen Derma Darah boleh dilayari di halaman media sosial kami, laman Facebook, Blood Bank Hospital Umum Sarawak dan Instagram, Blood Bank HUS.

Pihak Tabung Darah Hospital Umum Sarawak juga mengalu-alukan penyertaan agensi atau jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan untuk turut sama menganjurkan Kempen Derma Darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082 276797 atau emel, protdhus@gmail.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: