HUS mohon kesan kelurga Bella

KUCHING:Hospital Umum Sarawak (HUS) memohon bantuan orang ramai
mengesan ahli keluarga atau waris bagi pesakit yang hanya dikenali Bella.

Wanita yang berasal dari Kampung Singai,Bau, berbangsa Bidayuh itu tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

Pesakit telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans setelah mendapat panggilan kecemasan daripada orang awam di Open Air Market, Kuching.

Kini Bella ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma (Zon Kuning).

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali ahli keluarga dan waris pesakit diminta menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Rachel Lawrence Lendang di talian 082-245045 atau Jabatan Kecemasan dan Trauma (Zon Kuning) di talian 082-276666 dengan kadar segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: