HUS cari waris Johnny

KUCHING:Hospital Sentosa Kuching memohon waris kepada Johnny Chong Wee Ming,52, untuk tampil ke Male Medical Ward, Hospital Umum Sarawak(HUS.

Berdasarkan maklumat daripada Hospital Sentosa, pesakit dalam keadaan tenat kerana jangkitan kuman di paru-paru telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada hari ini.

Dimaklumkan juga, pesakit berasal dari Kuching dan telah ditempatkan di Wad Lelaki 3, Hospital Sentosa sejak 16 Julai 1981.

Sehubungan itu, waris atau orang ramai yang mengenali Johnny Chong Wee Ming dimohon agar menghubungi Siti Nurashikin Abdul Razak, Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sentosa Kuching di talian 082-612 321 dengan kadar segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: