Hospital Sibu mohon bantuan kesan ahli keluarga Bani

Hospital Sibu memohon orang ramai membantu mengesan ahli keluarga atau waris pesakit Bani ak Satap.

Bani seorang perempuan berbangsa Iban, berusia dalam anggaran 50 tahun berasal dari Sungai Tuah, Kanowit.

Bani dimasukkan ke Hospital Sibu pada 31 Oktober lepas oleh pihak polis tanpa identiti dan ahli keluarga.

Difahamkan Bani mempunyai lima orang adik beradik namun begitu, pesakit enggan memberitahu maklumat lanjut mengenai ahli keluarganya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubungan waris, Tuai Rumah atau ahli keluarga pesakit boleh berhubung dengan Hospital Sibu (Wad Perubatan Perempuan 25) di talian 084-343333 sambungan 7557 atau menghubungi Unit Kerja Sosial di talian 084-238818 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: