Hilang ketika berenang menyeberangi sungai

Seorang remaja yang cuba berenang menyeberangi Batang Oya di Kampung Terus, Oya dikhuatiri lemas dalam insiden petang Sabtu.Setakat pagi ini, mangsa, Rabani bin Abd. Razak, 14, belum dijumpai.Anggota Bomba dan Penyelamat Mukah meneruskan pencarian pagi ini.Maklumat daripada saksi, kejadian berlaku di sungai Kampung Terus Oya dimana 4 orang sekawan yang sebaya sedang mandi di sungai tersebut pada jam kira-kira 5:00 petang.Bomba berkata pada masa kejadian air sungai dikatakan sedang mula hendak pasang.Maklumat daripada saksi iaitu kawan mangsa, mangsa dikatakan cuba untuk berenang menyeberangi sungai manakala rakan-rakan yang lain memerhati dan hanya berenang di tepi sahaja.Selepas itu kelibat mangsa tiba-tiba hilang dari pandangan.Apabila kelibat mangsa tidak kelihatan agak lama, rakan-rakan mangsa terus memaklumkan perkara tersebut kepada orang kampung dan keluarga mangsa.Pencarian terus dilakukan oleh orang-orang kampung menggunakan 4 buah bot seramai 25 orang namun mangsa tidak ditemui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: