Hasil cukai jualan produk petroleum bantu lonjakkan pembangunan Sarawak

Hasil cukai jualan produk petroleum yang diperkenalkan kerajaan negeri Sarawak bermula 1 Januari 2019 antara benda baharu dalam kandungan Bajet Sarawak 2019 dibentangkan Datuk Patinggi Abg Johari Abg Openg pada Isnin.

Ketua Menteri pada Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching berkata cukai jualan yang ditetapkan lima peratus itu merupakan bentuk hasil baru negeri.

“Saya ingin menegaskan pengenalan cukai jualan terhadap produk petroleum merupakan hak kita seperti dinyata dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan meneruskan usaha mempelbagaikan hasil negeri berpandukan peruntukan undang-undang yang membolehkan kita melonjakkan pembangunan untuk mencapai wawasan menjadikan Sarawak berpendapatan tinggi pada tahun 2030,” ujarnya.

Peruntukan perlembagaan itu ialah Jadual 10, Bahagian V(7).

Produk yang bakal dikenakan cukai itu ialah minyak mentah, gas asli, gas asli cecari, baja kimia dan gas ke produk-produk cecair.

Jangkaan pendapatan hasil cukai dikenakan terhadap produk petroleum ialah RM3.897 bilion pada 2019.

“Hasil yang lebih tinggi yang dijangkakan dari aliran pendapatan baru ini bersama dengan sumber pendapatan lain serta pembiayaan alternatif akan membantu menyokong kerajaan dalam usaha-usahanya dalam program pembangunan dan projek utama,” katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar-akhbar atas talian.

Menerusi Bernama, Abg Johari dilaporkan berkata Sarawak akan meneruskan belanjawan yang tertumpu kepada pembangunan imbal dan luar bandar bagi merancakkan perkembangan ekonomi daripada jumlah peruntukan belanjawan RM11.914 bilion bagi 2019, yang terbesar dalam sejarah negeri ini.

Daripada keseluruhan peruntukan belanjawan berjumlah RM9.073 bilion ia termasuk dana Persekutuan berjumlah RM0.260 bilion, dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM2.841 juta untuk perbelanjaan operasi.

Dengan mengambil kira anggaran hasil berjumlah RM10.513 bilion dan jumlah cadangan perbelanjaan biasa RM10.391 bilion, peruntukan belanjawan 2019 dijangka mengalami lebihan RM122 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: