Harap Kerajaan Persekutuan sedia dana sukat perimeter NCR

Kerajaan Sarawak berharap dan menyeru agar Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan akan terus memperuntukkan dana bagi kelangsungan Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan berkata meskipun tanah merupakan bidang kuasa negeri, Kerajaan Persekutuan terdahulu menyediakan peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi membiayai program ini.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk mempercepatkan pengukuran tanah NCR yang sahih dengan melaksanakan pengukuran perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu dengan peruntukan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan,” jelasnya.

Sejak pelaksanaannya pada Oktober 2010, sejumlah RM161 juta telah diperuntukkan dan bagi

Rancangan Malaysia Ke-11 sahaja sejumlah RM90 juta telah diluluskan, jelasnya lagi.

Malangnya di dalam Bajet Persekutuan 2019 yang dibentangkan baru-

baru ini, tidak dinyatakan secara spesifik peruntukan untuk meneruskan program ini.

Pihaknya tidak tahu sama ada Kerajaan Persekutuan akan terus memberi pembiayaan ataupun sebaliknya, katanya.

“Seandainya peruntukan

tidak diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, saya yakin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan menyediakan dana tersebut kerana ini adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh

rakyat terutama sekali di kalangan masyarakat bumiputera,” katanya.

Dalam peringkat pertama, pengukuran secara perimeter dilaksanakan untuk

pewartaan kawasan tersebut sebagai Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) di bawah

Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri.

Setakat Oktober 2018, seluas 870,265 hektar (2,150,425 ekar) telah berjaya diukur perimeternya.

Daripada jumlah tersebut, seluas 687,258 hektar

(1,698,215 ekar) di seluruh negeri Sarawak telah pun diwartakan.

Datuk Amar Awang Tengah menerangkan perkara ini menerusi sesi penggulungan Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: