Guru disyaki rogol pelajar ditahan polis

Beberapa media atas talian hari ini melaporkan seorang guru merogol seorang pelajar perempuan di Jalan Sawit Ulu Roban.

Perbuatan itu dilakukan oleh seorang guru berusia 41 tahun mengajar di Roban, itu sebanyak lima kali di dalam keretanya.

Laporan yang memetik Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superitendan Polis Mordani Tanin menyebut, perkara itu terbongkar selepas murid perempuan yang berusia 13 tahun itu menceritakan kejadian kepada neneknya.

“Neneknya yang tidak berpuas hati apabila mengetahui perkara itu datang ke balai membuat laporan polis untuk tindakan pihak polis selanjutnya,” kata Mordani.

Polis juga telah merakam percakapan pengadu dan mangsa, malah mangsa telah dihantar ke hospital Saratok dan akan dirujuk ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek juga telah hadir sendiri ke balai dan menyerah diri serta akan bekerjasama dalam membantu siasatan,” katanya.

Laporan turut menyebut kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: