Gula apong Kabong

Pastinya sesiapa sahaja akan tahu bila disebut pokok nipah atau pokok apong dikalangan masyarakat di Sarawak di sini.

Bagi penduduk di sini, sememangnya sudah cukup sinonim dan terkenal dengan pembuatan gula apong yang juga hampir menyamai gula melaka.

Gula apong yang dihasilkan menggunakan nira dari pokok nipah ini memiliki rasa yang unik dan berbeza daripada gula lain yang boleh dikategorikan sebagai salah satu produk eksotik di Sarawak.

Penggunaan gula apong oleh penduduk tempatan terutamanya di Kabong sangat popular khususnya sebagai bahan penambah perisa di dalam pembuatan kuih muih tradisional dan bagi menambah kelazatan sesuatu masakan.

Selain itu, gula apong juga dipercayai memiliki kelebihan tersendiri seperti mengelak serta mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Untuk membuat dan memproses gula apong ini bukanlah mudah, ia memerlukan kesabaran dan ketelitian oleh pembuatnya kerana air nira yang dimasak menggunakan kawah besar itu mengambil masa sekitar 5-6 jam sehari untuk masak.

Hari Ini, Berkesempatan bersama antara pengusaha gula apong Kabong, Puan Salahah Bt Mud, isteri, Encik Shamsudin Bin Jin.

Admin melihat sendiri ‘packaging’ gula apong, yang siap dimasak, dituang ke dalam bekas untuk dipasarkan.

Teks dan foto: FB Pusat Khidmat ADUN N40 Kabong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: