GPS tiada masalah Bersatu lebarkan sayap di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak melihat tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertapak di Sarawak sebagai masalah.

Utusan Borneo Online hari ini melaporkan bahawa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, “Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi dan tidak menjadi masalah untuk BERSATU melebarkan sayap ke Sarawak”.

Pada Sabtu lepas, Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir melancarkan parti itu di Bintulu.

Menurut sumber Bersatu, keahlian parti itu kini ialah 15,000 orang.

Dr M dilaporkan berkata, Bersatu melebarkan sayapnya ke Sarawak atas permintaan rakyat Sarawak.

Langkah Bersatu itu dilihat sebagai persediaan untuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak seterusnya.

Bersatu merupakan satu-satunya parti dalam Pakatan Harapan yang tidak ada di Sarawak, sebelum ini. Rakan-rakan partinya, DAP, PKR dan Amanah sudah bertapak di sini.

Pilihan raya itu dijangka diadakan selambat-lambatnya pada tahun 2021, iaitu lima tahun selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2016.

Pada waktu itu, BN Sarawak (PBB, PRS, PDP dan SUPP) menang dengan 72 daripada 82 kerusi.

GPS dibentuk pada Jun 2018, selepas empat parti itu keluar BN. Baru-baru ini, pendaftaran GPS diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Mereka bertekad memperjuangkan hak Sarawak menerusi GPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: