Gotong-royong mega cegah denggi di Kampung Gersik

KUCHING:Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuching dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gersik telah mengadakan aktiviti gotong- royong mega pencegahan penyakit demam denggi.

Pegawai Pendidikan Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Gabriel Alexis Kibes berkata, objektif program gotong royong itu adalah untuk menjadikan kawasan Kampung Gersik bebas wabak denggi berulang.

“Tujuan aktiviti ini juga adalah mengalakkan penduduk membersihkan longgokan sampah di sekitar rumah, pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes, menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan untuk memberi kesedaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat.

“Selain itu, ia juga memupuk semangat kerjasama antara agensi dalam menangani masalah penyakit demam denggi dan kebersihan kawasan berkenaan,” katanya.

Katanya,seramai 78 orang telah menghadiri gotong-royong itu terdiri daripada anggota RELA, Baiturrahmah Hidayah Centre Ikram, Balai Bomba, PIBG Sekolah Kebangsaan Gersik dan Penyelamat Petra Jaya, penduduk kampung gersik dan anggota dari Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti mencari dan memusnah tempat pembiakan nyamuk aedes, pameran kesihatan dan pendidikan kesihatan dari rumah ke rumah,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: