GOLONGAN BELIA DISARAN SOKONG USAHA KERAJAAN BANGUNKAN PEMIMPIN MASA DEPAN

Golongan belia telah disaran untuk menyokong usaha kerajaan negeri Sarawak dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda dimasa hadapan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerajaan negeri sentiasa mengalakkan golongan belia untuk menyertai program dan aktiviti yang bertujuan untuk mengasah bakat kepimpinan mereka sebagai persiapan untuk mengalas tanggungjawap pemimpin generasi masa hadapan.

Tambahnya lagi, golongan belia boleh meneroka potensi sebagai pemimpin kerana masyarakat, negeri dan negara menaruh harapan mereka untuk meneruskan apa yang diuasahakan oleh pemimpin yang sedia ada.

“Golongan belia sendiri akan memikul tanggungkawap sebagai pemimpin kerana suatu masa nanti mereka akan menjadi pemimpin keluarga setelah berumahtangga dan bergelar ibubapa,” kata beliau dimajlis perasmian program Jelajah Belia Sarawak 2020 yang berlangsung Dewan Masyarakat Daro pada 18 Julai.

Justeru, golongan belia boleh juga mengunakan masa mereka sekarang untuk meneroka peluang untuk menceburi diri dalam program kepimpinan yang boleh memberi maklumat dan pengetahuan tentang bagaimana menjadi pemimpin yang berwibawa.

“Golongan belia perlu mengunakan masa lapang mereka dengan aktiviti yang membawa faedah dan ini termasuk masa yang diluang untuk mempelajari banyak perkara mengenai kepimpinan yang baik dan ini boleh mengasah bakat serta potensi mereka,” kata Datuk Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak.

Mengenai program Jelajah Belia Sarawak 2020 yang kini memasuki siri ke-11, ianya dianjur oleh Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Walaupun program ini telah ditunda untuk beberapa bulan akibat pandemik Covid19 namun pihak kementerian yakin ianya akan berjalan dengan lancar setelah disambung semula pada 11 Julai lalu dengan beberapa daerah akan menjadi tuan rumah pada masa singkat ini.

Walaupun kelonggaran yang diberikan dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) membenarkan penyertaan sehingga 250 orang namun pihak kementerian tetap mengikuti SOP yang ditetapkan demi menjamin keselamatan golongan belia yang mengambil bahagian memakai pelitup mulut dan hidung serta mematuhi penjarakan sosial ketika duduk didalam dewan. 

Turut menghadiri program ini ialah Ahli Undangan Negeri (ADUN) N43 Daro, YB Encik Safiee Haji Ahmad, pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak, Puan Nancy Haji Jolhie serta Residen bahagian Mukah, Hajah Hamdiah Haji Bakir.

Antara aktiviti yang diadakan sempena program ini ialah sesi “Townhall Bersama Pemimpin”, sesi Ice breaking dan ceramah motivasi oleh Ikon Belia Sarawak, Ahmad Qadri Basri.

Dalam ucapan perasmian beliau, Datuk Abdul Karim berkata kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan meneruskan penganjuran program yang dituju khasnya untuk golongan belia tempatan  diseluruh bahagian untuk memupuk persefahaman dan solidariti dikalangan mereka melalui pelbagai program pembangunan belia.

“Pada masa yang sama, program Jelajah Belia Sarawak ini juga mampu memupuk semangat bertanggungjawap, kepimpinan dan kesukarelawan dikalangan golongan muda kita di negeri ini,” tambah beliau.

Datuk Abdul Karim turut menyeru agar masyarakat tempatan untuk memberi sokongan dan kerjasama dalam membentuk golongan belia yang berpontensi untuk menjadi pemimpin yang berjaya dimasa hadapan. Justeru, golongan belia haruslah diberi bimbingan yang sempurna dari pihak kerajaan, pemimpin dan masyarakat untuk mencapai matlamat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: