Geran RM5 juta setahun bagi TROPI jalankan kajian dan penyelidikan-Abang Johari

KOTA SAMARAHAN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengumumkan geran berjumlah RM 5 juta setahun kepada Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Sarawak (TROPI).

Geran daripada kerajaan negeri itu bertujuan memboleh pihak TROPI menjalankan kajian dan penyelidikan.

Perkara itu diumumkan Abang Johari ketika berucap di Malam Penghargaan dan Sambutan Ulangtahun Ke-10 TROPI Sarawak di sini, malam tadi.

Katanya,geran itu disalurkan selepas
permintaan Pengarah TROPI, Dr Lulie Melling dan sebagai sokongan kerajaan negeri kepada TROPI sepanjang 10 tahun kewujudannya.

“Penubuhan TROPI mencerminkan kejayaan negeri ini dalam kajian dan penyelidikan tanah gambut tropika yang memberi pulangan kepada ekonomi,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: