Gempar kereta terbakar

BINTULU: Sebuah kereta Perodua Kancil yang diparkir di luar pagi di Lorong Kuini1, Fortune Park di sini terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.02 pagi.

“Komander operasi melaporkan setibanya ditempat kejadian kereta Perodua Kancil itu telah terbakar keseluruhannya,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba bertindak membuat pemadamaan menggunakan salur bantu mula, sumber air diperolehi dari tangki jentera dan api berjaya dipadamkan.

“Kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa dan operasi ditamatkan jam 1.23 pagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: