Galeri Nusantara akan diwujudkan di UiTM Samarahan Dua

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak akan mewujudkan Galeri Nusantara di kampus UiTM Samarahan Dua,Kota Samarahan.

Rektornya, Profesor Dato Dr Jamil Hamali berkata, galeri itu akan menjadi pusat rujukan utama mengenai Perkembangan Islam di Borneo.

“Galeri ini dilengkapi dengan teknologi digital bagi menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja pengkaji dan ahli akedemik tetapi juga anak-anak muda generasi pelapis supaya mereka peka kepada sejarah perkembangan Islam di negeri ini,” katanya.

Terdahulu beliau mengadakan kunjungan hormat kepada
Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri, Kuching hari ini.

Tujuan kunjungan tersebut bagi membuat pembentangan laporan pencapaian semasa Kajian Perkembangan Islam di Borneo yang merupakan ilham daripada Tun Taib bertujuan untuk menyingkap hubungan Islam di Jawa dan Borneo melalui pengaruh dan amalan pendekatan dakwah Wali Songo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: