Gagal tunai manifesto, kerajaan PH harus mohon maaf

KUCHING:Pakatan Harapan (PH) Sarawak harus memohon maaf kepada Kerajaan Negeri kerana menabur terlalu banyak janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tetapi gagal ditunaikan.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata PH Sarawak perlu mencontohi Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan yang secara terbuka memohon maaf kerana gagal menunaikan manifestonya.

“Oleh itu, jika kamu berpendapatĀ sudah terlalu banyak berjanji dan tidak dapat ditunaikan sepenuhnya, saya menggesa agar Pakatan Harapan Sarawak mencontohi pengerusi PTPTN memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berkata PH sehingga ke hari ini asyik mencari kesalahan kerajaan lepas (BN).

Beliau berkata demikian sebagai apabila Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) bangkit meminta penjelasan berhubung dakwaannya Kerajaan PH telah gagal menunaikan janji untuk memperuntukan 30 peratus perbelanjaan pembangunan kepada Sarawak dalam Bajet Negara 2019.

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: