Franklin, anak Sarawak yang bakal menyertai BMW di Jerman

Nama dia viral di media sosial sejak kebelakangan ini.

Dia anak Sarawak berketurunan Iban yang menjadi kebanggaan Bumi Kenyalang.

Franklin Lingga Abun berasal dari Kapit dan berusia 20 tahun akan ke Munich, Jerman pada Mac 2019 untuk menandatangani kontrak 10 tahun dengan BMW sebagai pelapis kepada pakar teknologi BMW.

BMW, syarikat automotif yang gah namanya di persada dunia dalam bidang permotoran sejak zaman berzaman.

Hanya yang individu berkualiti berupaya berkhidmat dengan syarikat ini.

Franklin merupakan anak kepada mekanik senior di UMW Toyota.

Ramai warga Sarawak menerusi laman sosial memuji dan tumpang bangga dengan pencapaian anak muda ini.

Dia adalah pelajar tahun ketiga Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Kejuruteraan, Unimas, Kota Samarahan.

Dia dipilih BMW selepas mengetengahkan projek teknologi semi-solar automotif di Austria baru-baru ini.

Pada Selasa, dia kembali ke Kuching selepas membentangkan kertas projek di Austria.

Syabas anak Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: