Festival Layang-layang Antarabangsa Kabong ditangguh kerana waspada koronavirus.

Penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa Kabong terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Festival yang dijadualkan 5 hingga 10 Mac ini ditunda ekoran kebimbbangan penularan koronavirus yang melanda beberapa buah negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong Mohd Chee Kadir berkata keputusan itu dibuat selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan koronavirus sebagai wabak berbahaya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Daerah Kabong pada Khamis.

Tambah Mohd Chee lagi, penangguhan ini turut melibatkan penganjuran di Pasir Gudang dan di Satun, Thailand yang merupakan satu sircut antarabangsa.

“ita tiada pilihan kita dengan rasa sedih dan dukacita terpaksa juga menangguhkan Kabong International Kite Festival,” katanya.

Pada tahun lepas, acara KIKF berjaya menarik penyertaan 23 buah negara dan lebih 20,000 pengunjung sejak mula diperkenalkan pada 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: