Enam penghuni terselamat dalam kebakaran di Kampung Rembus

KOTA SAMARAHAN:Sebuah rumah setingkat terbakar di Kampung Rembus di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.37 pagi.

Bagaimanapun, enam penghuni rumah berkenaan berusia antara empat hingga 43 tahun berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran itu.

“Pihak bomba menjalankan operasi pemadaman untuk menggawal kemerebakan api ke rumah berhampiran.

“Kebakaran dapat dikawal pada jam 3.09 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 4.57 pagi,”katanya di sini hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: