Empat buah rumah terbakar di Kapit

KAPIT: Empat buah rumah teres dua tingkat terbakar di Kampung Meratai 1,Jalan Selirik di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam.

“Rumah pertama dan rumah kedua terbakar keseluruhan, rumah ketiga terbakar 80 peratus manakala rumah keempat terbakar 70 peratus,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran itu turut memusnahkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

“Pihak Bomba bertindak membuat penyelamatan dan pemadamaan menggunakan sumber air diperolehi dari tangki jentra,”ujarnya.

Katanya, kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa namun punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: