Ekonomi Lundu dan Sematan akan bertambah baik setelah Jambatan Rambungan siap

SETELAH siap Jambatan Rambungan, kegiatan ekonomi di kawasan sepanjang jalan yang menghubungkan Kuching-Lundu-Sematan akan dijangka bertambah rancak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak berkata menyedari potensi ekonomi Kerajaan Sarawak tidak keberatan untuk membinanya dengan pembiayaan sepenohnya olih kerajaan negeri.

“Sebab jalan dah bagus kelak sudah tentu berpotensi untuk pertanian moden dan manfaatkan kemudahan ini untuk menjana pendapatan yang lebih, selain daripada pelancongan,” jelasnya.

Ketua Menteri berkata demikian semasa berucap menyempurnakan upacara pecah tanah jambatan itu di Rambungan, Lundu dekat Kuching pada 24 November 2019.


Lundu dan Sematan menurut Abang Johari, sejak dahulu terkenal sebagai destinasi pelancongan, dengan air laut yang biru dan hutan belantara yang masih kekal semulajadi.

Jambatan itu menurutnya tidak mengenakan tol kepada pengguna kerana kerajaan negeri bermatlamat memudahkan perhubungan rakyat, dalam hal ini memendekkan masa perjalanan Kuching-Lundu-Sematan.

“Jambatan tok nang kacak macam di Amerika, San Francisco, ada kabel steel dan dilengkapi cahaya lampu pada malam (setelah siap nanti),” katanya.

Ia merupakan antara projek pembinaan jambatan di laluan pesisir Sarawak. Selain jambatan ini, kerajaan negeri turut membina jambatan di laluan pesisir lain antaranya Muara Batang Lassa, Paloh, Kemena, Batang Lupar dan Saribas.

Kerajaan negeri dedah beliau sudah merangka pelan induk pembangunan bagi pekan Lundu.

Pekan itu jelasnya akan diperbesarkan sesuai dengan kemudahan pelancong, begitu juga pekan Sematan dan kampung Telok Melano.

Kemudahan untuk kegunaan para pelaut termasuk kaki pancing juga akan dibangunkan, katanya.

Jambatan Rambungan akan dibina dengan kepanjangan 560 meter dengan kos RM98.5 juta.

Jambatan Batang Rambungan itu merupakan sebuah jambatan jenis ‘cable-stayed’, dibina dengan ‘2 lane single carriageway’ yang mengikut spesifikasi JKR R5 dan akan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan.

[Gambar-gambar kredit kepada FB Komunikasi Korporat JKR Sarawak]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: