Edar dadah, warganegara Indonesia diberkas

MIRI: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri memberkas seorang lelaki warga asing kerana disyaki mengedar dadah.

Lelaki warga Indonesia berumur 47 itu diberkas di sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Miri-Bintulu pada jam 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya telah merampas 14 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dan 24 keratan tiub straw berwarna biru dan merah disyaki berisi dadah jenis syabu daripada suspek.

“Kesemua dadah dirampas dianggarkan seberat 33.69 gram bernilai kira-kira RM4,379, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: