Dua rumah terbakar di Kampung Jabai

BINTULU: Dua buah rumah terbakar di Kampung Jabai,Jalan Tanjung Batu di sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 3.30 petang.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah kampung. Rumah pertama struktur dua tingkat jenis separuh kekal terbakar 50 peratus.

“Rumah kedua struktur dua tingkat jenis tidak kekal juga telah terbakar 80 peratus,”katanya di sini hari ini.

Katanya,anggota Bomba sedang melakukan operasi pemadaman untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: