Dua maut,tiga cedera, Toyota Hilux bawa pelancong warganegara Slovakia bertembung lori kontena

LIMBANG: Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan Toyota Hilux bertembung dengan lori kontena di Jalan Kubong di sini pagi tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu Toyota Hilux, Annisa Saksriprapa,27,(perempuan) ,dan
Jovan Ivan,71,(lelaki) ,71, warganegara Slovakia.

Tiga mangsa yang cedera ialah Carvcov Tahiana,61,(perempuan),Krivosik Alexej,60,( perempuan ) dan Anton,61,( lelaki),ketiga-tiga mereka juga warganegara Slovakia.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan sebuah Toyota Hilux yang dipandu oleh seorang perempuan warganegara Malaysia bersama empat penumpang pelancong warga asing telah bertembung dengan sebuah lori kontena.

“Kejadian ini menyebabkan pemandu dan penumpang Toyota Hilux tersepit manakala rakan mereka yang duduk dibelakang mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun,pemandu lori dan kelindan cuma mengalami kecederaan ringan.

Katanya, pasukan Bomba bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Pihak perubatan hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa yang tersepit telah meninggal ditempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya manakala mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: