Dua maut,nahas membabitkan Hilux dan Myvi di Jalan Betong-Sarikei

SARATOK: Dua maut dalam nahas membabitkan Toyota Hilux dan Perodua Myvi di KM 31 Jalan Betong-Sarikei, tengah hari tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu ialah penumpang Perodua Myvi Kiung Ming King, 51, berasal dari Saratok dan pemandu Hilux, George Hua Jelinggai, 21, dari rumah Selikau Nanga Slaut Julau.

Ketua Polis Daerah Saratok,DSP Mordani Tanin berkata, difahamkan Hilux yang bergerak dari arah Sarikei tiba-tiba memasuki lorong bertentangan lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan Myvi yang datang dari arah Saratok.

“Impak kemalangan menyebabkan kedua-duanya terbabas dan terjunam ke bawah jalan.

“Dua mangsa maut serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan, pemandu Myvi dan tiga penumpang lain cedera,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital Saratok untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: