Dua lapangan terbang akan dibina di luar bandar Sarawak

SEJAJAR dengan matlamat membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak, kerajaan akan membina lapangan terbang di Bukit Mabong, Kapit dan Bebuling, Spaoh, Betong dengan kos keseluruhan RM264.9 juta.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menerusi kenyataan media pada 30 Jun 2020, berkata ia akan dibina Ogos ini, sebaik mendapat surat kelulusan untuk memulakan kerja pembinaan diperolehi.

Dua projek itu dijadualkan siap pada suku ketiga tahun 2023.

Pembinaan di Bukit Mabong membabitkan kos RM173.5 juta, manakala di Bebuling dengan kos RM91.4 juta.

“Pemilihan Bukit Mabong adalah tepat kerana lokasinya terpencil, dengan populasi kira-kira 50,000 dan masalah aksesibiliti yang signifikan manakala Bebuling dipilih untuk meningkatkan hubungan udara dengan pusat agropolitan utama di Bukit Sadok,” katanya.

Matlamat kerajaan jelasnya adalah untuk memperluaskan jaringan perkhidmatan udara luar bandar Sarawak.

“Kerajaan negeri Sarawak sedang berusaha memenuhi komitmen untuk mentransformasikan ekonomi luar bandar dan meningkatkan perhubungan serta keselamatan perkhidmatan udara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: