Dua cedera, kemalangan babitkan Isuzu Dmax dan Axia

KAPIT:Dua cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di simpang Kampung Baru di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 8.59 pagi.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan bertembung iaitu Isuzu Dmax dan Perodua Axia.

“Kemalangan ini mengakibatkan dua orang mangsa dari kenderaan Perodua Axia cedera dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum tibanya pasukan Bomba di lokasi,”katanya di sini hari ini.

Katanya,anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera dan seterusnya membawa mangsa ke hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: