Dua buah kereta terbakar di Jalan Sungai Apong

KUCHING:Angkara khianat atau terbakar?Mungkin itu yang boleh disimpulkan dengan kebakaran membabitkan dua buah kereta di Jalan Sungai Apong(City Square) awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 1.04 pagi melibatkan dua buah kereta yang diparkir berhampiran bangunan itu.

“Sebuah kereta proton Waja telah terbakar 90 peratus manakala sebuah lagi kereta jenis proton Saga terbakar 40 peratus.

” Pihak Bomba bertindak membuat pemadaman sehingga api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya jam 1.40 pagi,”katanya di sini hari ini.

Katanya,semasa kebakaran berlaku kedua-dua pemilik kereta tersebut tidak berada di lokasi.

“Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: