Dua bot ekspress terbakar di terminal Sibu

SIBU: Dua buah bot ekspress terbakar di terminal penumpang, Jalan Khoo Peng Long, di sini pagi tadi.

Sebuah bot eskpress musnah 100 peratus manakala sebuah lagi 10 peratus di belakang bot bahagian enjin yang dipercayai api baru bermula.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.40 pagi.

“Kedua-dua bot ini tidak membawa penumpang semasa kejadian berlaku,kita telah menunda kedua-dua bot ke seberang sungai kawasan selamat,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba hanya bersedia di terminal dengan peralatan pemadaman jika berlaku sebarang kemungkinan.

“Setelah memastikan keadaan selamat operasi telah ditamatkan pada jam 7.13 pagi,kebakaran masih dalam siasatan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: