Diskaun bil elektrik, langkah proaktif Abang Johari membantu rakyat

PENGGUNA domestik di Sarawak menikmati diskaun 25 peratus pada bil elektrik masing-masing mulai April hingga September 2020, satu langkah diambil kerajaan bagi mengurangkan beban kewangan rakyatnya kesan COVID-19.

Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi menjelaskan 23 peratus diskaun ditanggung Kerajaan Negeri Sarawak, manakala dua peratus ditanggung Kerajaan Persekutuan.

“Diskaun dua peratus di seluruh Malaysia dijangka membabitkan kos RM6.8 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi pengguna domestik di Sarawak.

“Kerajaan Negeri Sarawak memberi subsidi 23 peratus dianggarkan melibatkan kos RM77.8 juta kepada kira-kira 590,000 pengguna domestik di Sarawak,” jelasnya menerusi kenyataan media bertarikh 16 Julai 2020 (Khamis).

Keseluruhan kos bil elektrik yang disubsidi kerajaan untuk pengguna domestik di Sarawak mulai April hingga September 2020, dianggarkan RM84.6 juta.

“Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg mengambil langkah proaktif ini dengan merangka strategi dan pakej bantuan khusus bagi meminimakan kesan COVID-19 di kalangan rakyat,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: