Disangka tin minuman kosong rupanya mayat bayi

KOTA SAMARAHAN: Disangka tin minuman kosong rupanya mayat seorang bayi perempuan yang diletak dalam beg plastik.

Itulah pengalaman pahit yang dilalui pengutip tin minuman kosong ketika menyelongkar sampah bagi mengutip tin kosong di Flat Vista Ilmu, di sini tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mayat bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui Zulfiza Basri,21, dari Kampung Baru ketika mencari tin minuman kosong untuk dijual bersama isterinya di kawasan itu pada jam 12 tengahari.

“Mereka telah menjumpai satu plastik di dalam tong sampah berkenaan dan bila plastik tersebut dibuka mendapati ada satu kotak di dalam plastik tersebut.

“Apabila dibuka kotak tersebut mereka terkejut melihat ada seorang bayi perempuan bertali pusat dalam keadaan kaku tidak bergerak di dalam kotak tersebut,”katanya di sini sebentar tadi.

Katanya,mereka kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada penghuni flat berkenaan dan salah seorang penghuni tersebut telah menelefon pihak polis.

“Pegawai pembantu perubatan dari Hospital Pusat Jantung yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan bayi tersebut telah meninggal.

“Mayat bayi telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,”katanya dan menyatakan kes masih dalam siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: