Disangka mayat Fatihah rupanya bangkai buaya

SARATOK: Misteri bau busuk yang dikaitkan kemungkinan mayat kanak-kanak perempuan Orang Kelainan Upaya(OKU),Nur Syahadah Fatihah Imam,10, rupanya bangkai seekor buaya.

Bangkai buaya berkenaan dijumpai kira-kira satu kilometer daripada jeti Kabong oleh pasukan mencari dan menyelamat(SAR).

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,operasi SAR yang dilaporkan hilang Ahad lepas memasuki hari kelima.

“Pihak Bomba membuat pencarian menyusuri sungai dengan radius pencarian sekitar lapan kilometer menghala ke Pantai Tanjung Kembang dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Fokus pencarian akan dilakukan di Muara Paloh berdasarkan arus dan arah tiupan angin pada lewat petang semalam,”katanya di sini hari ini.

Katanya, teknik selaman pencarian di tebingan sungai akan dilakukan sepanjang operasi ini.

Malah,bagi mempermudahkan usaha mencari mangsa penduduk turut melaungkan azan,sembahyang hajat dan bacaan suruh Yasin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: