Dipersilakan jika boleh bina Musical Fountain Darul Hana dengan RM5 juta

(GAMBAR KREDIT THE STAR ONLINE)

Pembinaan musical fountain memang memakan kos yang besar.

Sebagai contoh, Songs of the Sea musical fountain di Siloso Beach Sentosa Island, Singapura menelan belanja RM91 juta (Singapore USD 90 juta). Beroperasi pada Mac 2007.

Dubai Fountain pula menelan kos RM910 juta atau USD 218 juta. Dibina pada tahun 2009.

Datuk Talib Zulpilip, Menteri Integriti dan Ombudsman Sarawak menjelaskan dua musical fountain itu dibina 10 tahun lepas, “sekarang sudah tentu kosnya jauh lebih besar”. Beliau merujuk kepada Darul Hana Musical Fountain di Kuching yang mendapat kritikan pelbagai pihak terutama dari aspek kosnya.

“Kos projek musical fountain ini dibentang dan melalui special cost committee yang dipengerusikan Setiausaha Kewangan Negeri. Skp kontrak ini juga meliputi dua tahun kos penyelenggaraan dan lima tahun design guarantee,” jelasnya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak, di Kuching pada 12 Nov 2018.

Jelas beliau, musical fountain sangat kompleks dan memerlukan kepakaran khusus. Musical fountain ini beroperasi menggunakan teknologi terkini dengan pontoon selebar 100 meter beserta 372 nozzle khas dengan keupayaan pancuran air central spray setinggi 60 meter dan cascade fountain 25 meter.

“Ia dilengkapi ciri-ciri unik dengan dinding air berketinggian 9 meter dab 80 meter panjang sebagai latar belakang pancutan.

“Takungan air di bahagian dinding air direka bersama jubin khas, memberi sentuhan semulajadi terhadap musical fountain ini.

“Projek ini juga melibatkan pembinaan walkway waterfront, bilik kawalan berkomputer, sub-station elektrik, sistem cahay serta bunyi dan hiasan landskap,” jelasnya.

Sangat mengejutkan Yang Berhormat bagi Pending mendakwa projek Musical Fountain Darul Hana ini boleh disiapkan dengan kos RM5 juta jika dilaksanakan secara tender terbuka.

Katanya Menteri itu lanjut, jika Yang Berhormat Pending benar-benar yakin dapat menyiapkan projek mengikut spesifikasi Musical Fountain Darul Hana dengan kos RM5 juta, dipersilakan.

“Kerajaan negeri bersedia untuk berkongsi reka bentuk kepada Yang Berhormat untuk melaksanakan projek musical fountain dengan kos RM5 juta,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: