Dewan Masyarakat Kampung Maranek terbakar

KOTA SAMARAHAN: Dewan Masyarakat di Kampung Maranek di sini musnah dalam satu kebakaran tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.09 tengah hari.

“Setibanya di tempat kejadian api sedang marak membakar dewan ini.
Pasukan Bomba membuat pemadaman sehingga api dapat dikawal pada jam 1.29 tengah hari dan berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 2.20 tengah hari,”katanya di sini hari ini.

Katanya, kemusnahan akibat kebakaran adalah 80 peratus,tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran ini masih lagi dalam siasatan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: