Datuk panik, cucu terkunci dalam bilik

MIRI:Seorang Datuk panik apabila cucunya tiba-tiba terkunci di dalam bilik di dalam sebuah rumah di Jalan Pujut,Kampung Sungai Adong di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 4.22 petang.

“Setibanya di lokasi didapati seorang mangsa kanak-kanak lelaki bernama Z’yed Harraz Syed Zahrul Efandy berusia 2 tahun 6 bulan terkunci di dalam bilik ketika bermain.

“Menyedari akan kejadian ini Datuk kanak-kanak tersebut menghubungi pihak Bomba untuk ke lokasi,”katanya di sini hari ini.

Katanya,jiran tetangga yang juga berada di lokasi bertindak membantu membuka pintu dan berjaya membukanya sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak memastikan keadaan kanak-kanak tersebut selamat sebelum bertolak balik ke balai,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: