Cukai jualan petroleum untuk pembangunan Sarawak

“Kita memerlukan duit ini untuk membangunkan negeri kita sendiri,” kata Lina Soo.

Aktivis yang terkenal dengan perjuangan menuntut hak Sarawak itu menyokong kerajaan negeri mengutip 5 % cukai jualan produk petroleum.

Maka, Lina Soo yakin hasil dipungut menerusi cukai itu akan dibelanjakan untuk membiayai pembangunan di Sarawak.

Bagi menyokong langkah kerajaan negeri, dia dan rakan-rakan seperjuangan pada pagi hari ini mengadakan perhimpunan aman di Padang Merdeka, Kuching.

Walaupun tidak ramai menyertai perhimpunan, mereka kelihatan begitu bersemangat.

Lina Soo dalam video yang disebar di media sosial ketika perhimpunan itu mendakwa cukai baru tidak akan membabitkan rakyat.

Yang dikenakan cukai katanya syarikat-syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Sarawak.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg, Ketua Menteri Sarawak, ketika membentangkan bajet negeri 2019 berkata cukai jualan lima peratus terhadap produk-produk petroleum adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan perlembagaan itu ialah Jadual 10, Bahagian V(7).

Produk yang bakal dikenakan cukai itu ialah minyak mentah, gas asli, gas asli cecari, baja kimia dan gas ke produk-produk cecair.

Jangkaan pendapatan hasil cukai dikenakan terhadap produk petroleum ialah RM3.897 bilion pada 2019.

Berhubung isu yang sama, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata cukai itu akan memberi impak bukan sahaja kepada Petronas malah pasaran produk berkenaan.

Sebarang kenaikan cukai tambahan mungkin memberi kesan kepada pengeluaran produk petroleum di negeri Sarawak, jelasnya.

“Kita menghormati cadangan yang telah dikemukakan dan saya mengambil sikap yang proaktif untuk berbincang lebih lanjut tentang cadangan ini dengan kerajaan negeri Sarawak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: