Cukai jualan hanya dikenakan terhadap produk-produk petroleum yang dieksport

Cukai Jualan Produk-produk Petroleum yang bakal dikenakan kerajaan Sarawak pada 1 Januari 2019 banyak disalahfaham.

Ada yang mengatakan ia bakal mengundang kenaikan harga produk petroleum, tetapi sebenarnya tidak, seperti dijelaskan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Pada 5 November 2018 membentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak mengenainya, dan ia yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perbekalan 2019, kemudian diluluskan.

Agensi berita, Bernama melaporkan cukai jualan hanya akan dikenakan ke atas produk petroleum yang dieksport dan tiada cukai jualan pelbagai peringkat akan dikenakan.

“Pihak industri menganggap bahan mentah (yang dijual) kepada loji gas asli cecair (LNG) akan dikenakan cukai pada kadar lima peratus, dan akan dikenakan lima peratus lagi apabila LNG dihasilkan dan dieksport, yang mana ia bukan sedemikian.

“Cukai jualan hanya akan dikenakan ke atas produk yang dieksport,” kata Abang Abdul Rahman Zohari seperti dilapor Bernama pada Jumaat.

Sarawak akan mengenakan cukai jualan pada kadar lima peratus ke atas produk petroleum sebagai sumber hasil baharu untuk menyokong agenda pembangunan negeri.

Cukai itu akan dilevikan ke atas minyak mentah; gas asli; gas asli cecair; produk baja berasaskan kimia dan produk daripada proses penukaran gas-kepada-cecair, menjana anggaran hasil RM3.9 bilion kepada Sarawak pada tahun 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: