Cemas kereta terbakar

KUCHING:Seorang pemilik kenderaan berdepan detik cemas apabila keretanya tiba-tiba terbakar berhadapan dengan lauta kitchen,lorong persiaran Bandar Baru Batu Kawa di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 4.30 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah kenderaan telah terbakar keseluruhan pada bahagian enjin.

“Bagaimanapun,kebakaran itu dapat dipadam oleh pemilik kenderaan bersama jiran dengan menggunakan dua unit alat pemadam api,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba bertindak dengan membuka bonet kenderaan dan memadam menggunakan air dari jentera bagi memastikan kebakaran tersebut padam sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: