Cedera dihempap pokok rumbia

MUKAH: Seorang lelaki dihempap pokok rumbia semasa menebang pokok berkenaan di sungai Basong,Jalan Kampung Sesok, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi.

“Mangsa Marni Jaini,58,telah berjaya dikeluarkan oleh orang kampung sebelum ketibaan anggota Bomba.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam hutan dengan menggunakan pengusung memandangkan mangsa mengadu tidak dapat berjalan akibat kecederaan yang dialami”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa kemudiannya dibawa ke hospital Mukah dengan menggunakan jentera EMRS dan seterusnya diserahkan kepada pihak hospital Mukah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: