Bunuh ular sawa besar di Lingga khuatir ancaman

Khuatir nyawa mereka terancam, sekumpulan petugas kaji bumi terpaksa membunuh seekor ular sawa berukuran sembilan meter dengan anggaran berat lebih setengah tan ketika melaksanakan tugasan di Hutan Tanjung Lutong, Lingga dekat Sri Aman.

Marjuki Muhi, ketua kumpulan itu berkata, reptilia itu ditemui kira-kira 20 meter dari laluan harian ke lokasi kajian mereka.

“Ia meluru ke arah mereka dan ketika itu ia berfikir untuk menyerang dan kumpulan itu cuba menghalau atau membunuhnya. Jika tidak dibunuh kami fikir kami akan terancam kerana kami menggunakan laluan ini setiap hari,” katanya.

Sebelum itu, kumpulan berkenaan pernah dinasihati penduduk kampung supaya berhati-hati apabila berada di hutan berkenaan.

Video mereka ketika cuba membawa keluar reptilia itu tular di media sosial mulai malam Isnin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: