Bomba Sarawak catat 250 kes kebakaran belukar

Gambar fail

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mencatatkan sejumlah 250 kes kebakaran belukar bagi tempoh 1 Ogos hingga tengah hari ini.

Menurut kenyataan JBPM, setakat 12 tengah hari ini, sembilan kes dilaporkan, secara puratanya JBPM Sarawak menerima 23 kes sehari.

“Semalam JBPM mencatatkan jumlah kes kebakaran belukar tertinggi iaitu dengan 58 kes telah diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya sungguhpun JBPM menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka terutamanya di musim cuaca panas dan kering, namun masih ramai yang tidak mempedulikan nasihat tersebut.

Sementara itu, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Institut Latihan Perindustrian Miri masih mencatatkan kualiti udara pada tahap bahaya iaitu dengan bacaan 388.

Di kawasan lain seperti di Kuching, Samarahan, Bintulu dan Sibu, bacaan kualiti udaranya masih dalam keadaan sederhana baik iaitu di antara 63 hingga 98.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 menggambarkan keadaan adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Sumber – www.bernama.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: