BKSS ketika COVID-19, bukti kerajaan negeri sayang rakyat Sarawak

Kesan penularan virus COVID-19 amat memeritkan. Perit kerana kesannya terhadap ekonomi amat terasa di seluruh dunia.

Banyak yang hilang pekerjaan seperti dilaporkan media-media tempatan dan antarabangsa susulan kejatuhan ekonomi.

Bagi mengekang penularan Pandemik COVID-19, banyak negara yang mengambil pendekatan menutup sementara operasi pelbagai sektor ekonomi, lantas menjejaskan pendapatan syarikat dan individu.

Di Malaysia, penutupan sementara sektor ekonomi dan mengehadkan aktiviti sosial masyarakat menerusi apa yang dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP.

PKP dilaksanakan kerajaan di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 untuk tempoh dua minggu atau 14 hari. Ini turut dikenali sebagai PKP Fasa 1.

Ia diteruskan dengan PKP Bersyarat dan seterusnya PKP Pemulihan. Ini semua adalah untuk mengekang penularan wabak berbahaya ini.

Kepimpinan kerajaan negeri Sarawak yang dikemudi Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pantas dalam membantu rakyat Sarawak yang terjejas akibat PKP dan COVID-19.

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dilancarkan menerusi tiga fasa. Semua ini adalah untuk membantu rakyat yang terjejas.

BKSS 1.0 yang diumumkan Ketua Menteri pada 24 Mac 2020 bernilai RM1.15 bilion, diikuti pada 10 April 2020 BKSS 2.0 bernilai RM1.11 bilion, dan BKSS 3.0 RM300 juta pada 8 Mei 2020.

Bantuan makanan turut disalurkan kepada rakyat, tidak termasuk dalam BKSS.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak harus diberi pujian atas usaha menggerakkan strategi bagi mengekang penularan COVID-19 di Sarawak.

Keberkesanan strategi yang dicatur menunjukkan keberkesanan apabila bilangan kes positif COVID-19 secara harian menurun. Semalam (15 Jun 2020) sifar kes dicatatkan, dan beberap kali juga sebelum ini tidak ada kes dilaporkan.

Pujian harus diberikan kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang begitu komited melaksanakan tanggungjawab mempengerusikan JPBN Sarawak.

Begitu juga dengan petugas barisan hadapan dalam menentang penularan COVID-19 ini yang terdiri daripada doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang lain, polis, tentera, bomba dan APM.

Kerjasama anggota masyarakat dalam mematuhi PKP dan PKPB dan PKPP serta garis panduan juga perlu diberi pujian.

Pendek kata, semua berganding bahu dalam memerangi virus COVID-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: