Bicara sejarah Sarawak (Bahagian I)

Berbicara tentang sejarah Sarawak, ia merupakan satu skop yang cukup luas, dan ada yang mengatakan tidak tahu di mana hendak memulakannya. Sebagai permulaan, penulis berkongsikan sejarah moden Sarawak yang merupakan satu antara wilayah dalam Persekutuan Malaysia. Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963 apabila Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk satu negara baru. Bagaimanapun, Singapura keluar pada 1965. Persekutuan Malaysia merupakan ilham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pembentukan Malaysia telah melalui proses yang lama dan merumitkan, namun proses ini penting untuk mengetahui pendapat rakyat sebelum proses penyediaan struktur asas Malaysia dapat disediakan. Sebelum pembentukan negara Malaysia, Sarawak bebas daripada kolonial British pada 22 Julai 1963. 

Sarawak kini terdiri daripada 12 Bahagian – Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg merupakan Ketua Menteri Sarawak yang keenam. Beliau dilantik pada 13 Januari 2017. Beliau merupakan pengganti Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Nan yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017. Sebelum Tok Nan, pucuk pimpinan negeri dipegang Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (kini Yang di-Pertua Negeri) dari 1981 hingga 2014. Ketua Menteri Sarawak ketiga ialah Tun Abdul Rahman Takub yang memulakan tugasnya pada 1970 dan berakhir pada 1981. Antara tahun 1966 hingga 1970, Sarawak dipimpin Datuk Seri Tawi Sli. Ketua Menteri Sarawak pertama ialah Tan Sri Stephen Kalong Ningkan yang berkhidmat mulai 1963 hingga 1966.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: