BENCI – SAYANG BOLASEPAK SARAWAK

BOLASEPAK SARAWAK

Pagi tok di kedey kopi, Admin sia sitok nengar orang di kedey kopi klaka hal bolasepak Sarawak.

Dari sebuah pasukan yang pernah disebut-sebut di Malaysia sehingga bakal hilang dari arena utama bolasepak Malaysia (bermain di Liga M3).

Dimana silapnya?

Di “Boo” Penyokong Sendiri

Pada perlawanan Play Off hujung minggu lepas, agak ramai ‘orang’ Sarawak menge-“boo” kan pemain-pemain Sarawak dan menyokong pasukan Kuching FA.

Adakah mereka membenci pasukan Sarawak?

Bagi Admin jawapannya “TIDAK”. Mereka bertindak demikian kerana MARAH/KECEWA/FRUST/SAKIT HATI/PATAH HATI dengan prestasi pasukan bolasepak yang semakin “TERUK”. Mungkin ada yang berteriak kemudiannya menyesal, tetapi itulah hakikatnya.

Kita memang bangga dengan ramainya pemain kelahiran Sarawak/anal jati Sarawak sendiri yang mewakili ‘Bujang Senang’. Tetapi, PENGURUSAN dari level tertinggi hingga ke barisan kejurulatihan perlu orang yang lebih berpengalaman lagi dalam “Organisation Management”.

Bukan sekadar menabur duit secara sedikit demi sedikit untuk menutup mulut “mereka dibawah” agar kelemahan tidak dipertikaikan.

Dan kejadian sama berulang (bayaran gaji lewat).

FUND?

OK, di paparan media sering kali kita membaca bahawa Presiden kerap kali menyatakan bahawa beliau mengeluarkan duit poket sendiri untuk membantu pasukan.

Diselit dengan mesej kurangnya tajaan korporat kepada pasukan Sarawak, YBhg Presiden harus sedar bahawa dalam dunia korporat “ringgit and sen” dikira rapat. Tuan Presiden sendiri seorang ahli perniagaan mestinya maklum.

Jika tuan Presiden mampu mengeluarkan duit sebanyak itu, mengapa harus syarikat swasta/korporat menabur duit kepada FAS pula?

Admin dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri telah memberi peruntukan jutaan ringgit kepada FAS untuk membantu pasukan dari segi tunggakan gaji dan lain-lain keperluan. Tetapi peruntukan tersebut disalurkan kepada Majlis Sukan Negeri agar fund tersebut diuruskan dengan lebih teratur dan telus lagi (ini menimbulkan khabaran bahawa kerajaan Negeri menahan peruntukkan tersebut-tidak benar).

SEJARAH PENGURUSAN DAN ISU RASUAH TAKUTKAN PENAJA

Banyak kali, FAS menggemparkan arena bolasepak Malaysia dengan berita bukan yang sepatutnya iaitu RASUAH. Dari kisah berjuta ringgit sehingga ke isu pengaturan perlawanan oleh pemain-pemain. Tetapi sehingga ke hari ini, belum seorang pun yang didakwa atas mana-mana tuduhan tersebut.

Dengan ‘persepsi mis-management’ dan intergriti, sekiranya anda memiliki sumber kewangan dan reputasi syarikat yang baik mana mungkin mahu dilibatkan dengan pihal yang mempunyai ‘cerita’ yang kurang enak didengar oleh ‘stakeholders’ syarikat.

Mengambil contoh kes bendera bintang lima oleh penganjuran kejohanan bola keranjang oleg MABA baru-baru ini. Di skrin kelihatan logo ‘Westport’ bersama bendera bintang lima tersebut. Ramai yang mengutuk Westport, walhal bukan salah mereka tetapi pihak penganjur. Itulah persepsi yang hendak dielakkan oleh mana-mana penganjur. Bersubahat dengan perkara yang negatif.

PENYOKONG SEUMUR HIDUP

Dikesempatan ini Admin ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada ‘Great Botherhood of GB13’ for your loyalty toward Sarawak football team. You guys are simply awesome!

TURUN KE LIGA M3, APA AKAN TERJADI DENGAN PASUKAN PRESIDEN DAN BELIA SARAWAK?

Daripada sumber maklumat yang Admin ‘korek’, mana-mana pasukan yang bermain di liga bawahan dari Liga Premier maka tidak perlu bagi mereke untuk membentuk/mempunyai skuad Presiden dan Belia. Jadi, apakah hala tuju pemain-pemain yang telah bertungkus lumus bermain menghabiskan masa ‘remaja’ mereka untuk bolasepak Sarawak?

Sekiranya pihak pengurusan ingin mengekalkan kedua-dua pasukan ini persoalannya dimanakah platform untuk mereka bertanding. Dan apakah kemampuan kewangan pihak pengurusan untuk mengekalkan mereka?

DESAKAN LETAK JAWATAN!

Mungkin ramai yang telah mendesak Tuan Presiden meletak jawatan, namun beliau membalas dengan alasan ‘tanggungjawab’.

Jika berlaku kepada mana-mana pasukan di Eropah, dengan reputasi terburuk dalam sejarah bolasepak Sarawak sebegini selalunya Presiden dan pihak pengurusan akan meletak jawatan. Itu namanya tanggungjawab sebenar.

Berikan laluan kepada pihak lain untuk memperbaiki prestasi buruk pasukan semenjak menerajui FAS selama dua musim.

Sekiranya timbul dengan alasan tiada pihak yang berani menggalas tanggungjawab tersebut, Admin rasa ianya tidak tepat.

Ramainya rasanya golongan profesional yang mampu mengurus dan menggalas tanggungjawab tersebut. Provided, “all the mess need to be clean up” at the first place.

Kadang-kadang, Admin tertanya siapa penasihat tuan presiden kita?

Kembalikan Bolasepak Sarawak Seperti Dulu!

Rintihan Ikhlas Dari Penyokong Pasukan Bolasepak Sarawak

-Bujang-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: