Bati masih pertahan warisan membuat Tambok kaum Bidayuh

PADAWAN:Taktala warisan masyarakat Bidayuh semakin lenyap ditelan zaman pada hari ini masih ada antara kalangan mereka yang masih mempertahankannya.

Antaranya ialah suri rumah, Bati Sinyang,65, berasal dari Kampung Simpok, Padawan, yang masih menghasilkan kraf tangan iaitu Tambok yang merupakan ‘beg’ atau bakul diperbuat daripada rotan digunakan oleh kaum Bidayuh untuk mengangkut atau membawa barang-barang ke kebun.

Hasil kraf tangan Bidayuh ini boleh ditemukan dalam pelbagai saiz dan jenis,ia boleh digunakan untuk mengangkat barang di kepala atau disandang di bahu.

“Namun, ekoran peredaran zaman semakin ramai dalam kalangan masyarakat Bidayuh tidak pandai lagi menghasilkan kraftangan tradisional ini.

“Hanya beberapa golongan wanita berumur yang masih pandai membuat Tambok,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat untuk menempah Tambok hasil tangan Bati bolehlah menghubungi Angelina Sinyang ditalian 019-5525799

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: