Bas elektrik di Kuching pada awal tahun 2019 dan akan diperluaskan penggunaan ke seluruh Sarawak

Bas elektrik adalah bas yang digerakkan menggunakan tenaga elektrik.

Kenderaan elektrik telah wujud sejak abad ke-19. Pada awal abad ke-19, penyelidik di Hungary, Belanda, dan Amerika Syarikat mula meneroka idea kenderaan bertenaga bateri.

Di Kuching, akhbar Utusan Sarawak pada Rabu melaporkan bas prototaip keluaran syarikat Zhejiang CRRC Electric Vehicle Co. Ltd. berpangkalan di China — menggunakan sumber tenaga elektrik — dijadual beroperasi di Laluan 101 Kuching pada awal tahun depan.

Laluan itu bermula dari Main Bazaar melalui laluan bangunan komersial Satok, Jejak Warisan dan iCom Square di Pending dan berakhir di Open Air Market (Electra House).

“Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan bas prototaip itu dihasil serta dilaburkan CRRC untuk pasaran Sarawak dan Malaysia.

“Menurut Abang Johari CRRC memilih Kuching untuk pelancaran produk rasmi pertama mereka di rantau ini sesuai dengan Sarawak sebagai antara pembekal sumber elektrik utama di rantau ini,” lapor akhbar itu.

Pada Selasa, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing melancarkan prototaip bas yang merupakan projek kerjasama syarikat tempatan HENZ Pasific Sdn Bhd dan syarikat dari China, Zhejiang CRRC Electric Vehicle Co.Ltd dikenali Bas Elektrik Bandar Raya CRRC.

“Abang Johari percaya bas elektrik dapat wujud seiring bas hidrogen sebagai sistem pengangkutan awam kerana jenis kenderaan dan teknologi tenaga baru yang digunakan mendorong penggunaan tenaga bersih,” laporan itu dipetik.

Bas elektrik dikatakan senyap dan melepaskan sifar pencemaran berbanding bas berkuasa diesel.

I Love Kuching melaporkan:

“Setiap bas eletrik ini dijangka akan berharga di antara RM1.2 ke RM1.4 juta sebuah dan menjangkakan jumlah bas tersebut akan bertambah secara berperingkat kepada 100 buah dan juga membesarkan liputan bas tersebut ke bandar bandar lain di Sarawak”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: