Bangunan Allcare Farmasi di Kapit terbakar

KAPIT: Orang ramai gempar apabila bangunan Allcare Farmasi,Jalan Pasar Kapit, di sini terbakar tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 2.15 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan kedai empat tingkat yang berlaku di bahagian ‘rooftop’ di mana ia dijadikan sebagai bilik sewaan.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak melakukan teknik RECEO untuk memadamkan kebakaran tersebut,”katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun,katanya,kebakaran itu tidak melibatkan kecederaan mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: